Monday 13 June 2011

Hatiku tidak Keruan


Assalamualaikum sahabat2 semua..

Rasa sangat rindu untuk menaip di sini kembali. Dulu sangat suka mencoret di diari, tapi kini sangat jarang atau dengan kata lain malas untuk kembali mencatat pada setiap malam di halaman diari. Tapi apa pun, diari yang ada, masih tetap disimpan rapi. Banyak sangat luahan hati dan peristiwa yang sudah terpahat di situ, yang mungkin akal memori sendiri pun sudah lupa.

Alhamdulillah.. Allah telah mengurniakanku pelbagai rezeki yang tidak mungkin dapat ku hitung, tidak mungkin dapat dikira. Sesetengahnya mungkin tidak ramai yang dapat rasai, itulah nikmat ALLAh s.w.t, syukur pada Nya. Namun, nikmat ini juga sebenarnya adalah satu ujian andainya aku tidak bersyukur, nauzubillah.. Semoga aku sentiasa sedar dan rasa "cukup" dengan apa jua pemberiannya..

Setiap manusia tidak sempurna, ada masa pasang dan surutnya. Dan beberapa minggu ini, aku rasa sangat sedih, gembira, terharu, cemas dan tidak keruan. Pelbagai peristiwa terjadi, dan pelbagai benda baru aku alami. Ada juga beberapa  masalah yang sememangnya dari dulu aku hadapi, cuma tidak pernah untuk menyelesaikan. Mungkin salah diri sendiri, suka sangat lari dari masalah hingga membiarkan akhirnya semua masalah2 itu berkumpul dan menyesak jiwa.. then finally, mula banyak menghabiskan masa dengan tidur dan buat benda2 yang sekali lagi, cuba melupakan masalah. 

Lebih memburukkan keadaan, dalam situasi2 tertentu, aku kini tidak boleh berfikir secara rasional, tidak mampu mebuat keputusan dan tidak dapat mengenal pasti baik buruk sesuatu tindakan. Ini amat memeritkan dan mampu menyeksa jiwa dan perasaan. Aku tahu, ini semua ujian dari ALLAH, dan apa yang mampu aku lakukan hanyalah berdoa semoga Dia membimbingku dalam menyelesaikan persimpangan2 yang sulit ini.. 

1 comment: