Monday 30 May 2011

The cravingness


Assalamualaikum...
Sejak datang ke bumi Glasgow, satu benda yang semua housematesku arif dan selalu gelakkanku, "nurul dan Chicken Cottage tak dapat dipisahkan". Bagi readers from Malaysia, nama Chicken Cottage mungkin asing bagi anda, sebab setahu saya branch Chicken Cottage ni memang tak ada di Malaysia. Dan mungkin hnya di bumi UK saja, atau mungkin hanya di Scotland ni saja. I'm also not sure, belum buat kajian lg (hihihi...). Apa pun, apa yg ingin saya ketengahkan di sini, I love its half grilled chicken sooooo much!! Almost every week I feel craving and sanggup berjalan meredah sejuk di luar semata2 untuk membeli half grilled chicken tu. Maybe inilah penangan dek kesedapan half grilled chicken yang telah saya rasa sjak awal mnjejakkan kaki di Glasgow ni.

gambar kedai Chicken cottage diambil last week sambil tunggu abg tu siapkan my order
Kadang2 ase kelakar juga, sebab beberapa pelayan kedai tu sampai dah ingat muka saya. hehe.. Tempatnya tak jauh sangat pun dari my hostel, dalam 10minit berjalan kaki. Harga pun berpatutan, untuk half grilled chicken tu, harganya tak sampai 3 pounds pun. Kira okayla, BESAR DAN SEDAP OK!

Sambil tersenyum saya berfikir,  alangkah indahnya andai kesungguhan sy menapak ke kedai CC tu sy boleh convert kepada kesungguhan dalam menuntut ilmu dan membaiki diri yang banyak lagi nak kena "repair" ni.. Amat kagum dengan kesungguhan brothers and sisters di UK ni dalam kesungguhan mereka mencari ilmu ALLAH. Kesungguhan yang saya maksudkan merangkumi kesediaan dan pengorbanan mereka mghadiri ceramah agama, usrah, daurah dan program2 kerohanian yang kerap kali diadakan bagi pelajar2 luar negara. Kesungguhan mereka untuk datang dr Ireland, Egypt dan pernah juga sisters dr sejauh Jepun  untuk mengutip ilmu dakwah dan usrah yang diadakan di sekitar UK, sambil melihat indahnya ciptaan ALLAH di setiap tempat mereka lawati sangat luar biasa. Sangat bersungguh2 umpama "craving" untuk mndapatkan ilmu!!


Wajib dijadikan panduan dalam hidup, tapi berapa ramai di kalangan kita, termasuk saya sndiri yg mgkin hanya kerap kali sekadar mmbaca dan memahami..

My conclusion is,  mungkin mereka sudah merasakan kemanisan sepanjang join all these programs and  akan mula merasakan satu kehilangan jika kehidupan harian mereka kosong,  lama tidak diisikan dengan peringatan dan dakwah Islamiah. Rohani juga perlu diisi dengan mknn dari langitkan (iaitu ayat2 ALLAH).. Subhanallah..Alangkah beruntung mereka yg telah dicampak kemanisan iman itu.. Alhamdulillah..

Two types of craving yang sgt berbeza, satu didorong oleh nafsu makan, juga menghasilkan drive untuk bergerak ke kedai dan membeli, dan lagi satu didorong hidayah ALLAH, dan keazaman untuk mencari bukti2 kekuasaan ALLAH. Apapun, craving, perasaan perlu, passionate dan kesungguhan ni sangat penting sebagai drive untuk membuat sesuatu, dan jika kesungguhan itu disalurkan di jalan yg baik, InsyaALLAH baik jugalah hasil yg diperoleh. Bukankah bekal akhirat itu kita perlu terus kumpul dengan bersungguh sungguh untuk menjamin rahmat ALLAH di akhirat nanti?


NNZ: Will miss chicken cottage bila dah balik Malaysia nanti. I m sure! Tapi perasaan membuak2 rindukan keluarga lebih kuat.
But, ada sesuatu di Malaysia (tiada kaitan dengan keluarga) yang kini membuatkan ku banyak termenung.

Saturday 28 May 2011

Lub Dub

Assalamualaikum semua...
Ni my first entry dalam dunia blog. Niat utk create blog ni dah lama sgt. Tapi di sebabkan kesuntukan waktu, final year yg sgt pack jadualnya dan dunia yg terasa amat mencemaskan, niat ni sering tertangguh. Cemas? Hurm.. Final year subjects mmg mncemaskan. Bagi yg dah hadapi, mesti tau camane rasanya.. Kerjanya menghafal dan menghafal. Tahu je faham tu lebih penting dari menghafal, tapi apa yg kami boleh buat utk mengingat segala nama ubat tu kalau bukan dengan cara menghafal kan.

 Anyway, sebenarnya dah 2 minggu tamat final year exam. Di Uni of Strathclyde ni, semakin hari semakin lengang je. Maybe home students and students lain semua dah mula pulang ke kg halaman masing2 dan tidak kurang juga ramai yg mengambil kesempatan untuk bercuti. Summer break macam ni, memang sangat2 ditunggu oleh semua, terutama local people, sebab time ni la mereka spend masa kat rumah dengan family dan melancong. Even my housemates pun, beberapa orang berganti keluar masuk rumah, sebab mereka juga mengambil kesempatan untuk bercuti ke negara2 Eropah lain macam Amsterdam, Paris, Brussels dan sebagainya, demi melihat keindahan ciptaan ALLAh, dan mengutip hikmah di setiap persinggahan, InsyaALLAH.

Berbalik kepada cerita final exam tadi.. Seperti biasa study leave yang sebulan tu, ramai yang tidak keluar rumah, masing2 struggle dengan study dan hafalan (I Guess).. Walau apa pun, kami di sini sangat bersyukur dan terharu kerana dikurniakan sahabat2 yang saling memberi sokongan antara satu sama lain, di samping kehadiran keluarga angkat yang tidak pernah putus memberi dorongan (paling best selalu dijamu dengan makanan enak). Selain itu, kami juga ada support yang sangat kuat dari akak usrah yang sgt sayangkan kami. After a month, pada tanggal 3 May, exam pun bermula. 5 papers akhirnya "selamat" dijawab pada tarikh 10 May. Yezza, 5 papers dalam masa 8 hari. Syukur sangat walaupun sedikit demam sebab stress, tapi badan takdelah lemah sangat dan ALLAH masih bagi kekuatan untukku terus berfikir dan menjawab.

Habis saja exam, macam2 respond semua orang. Masing2 rasa takut dan tidak yakin dengan apa yang dijawab. Dan aku, yes, aku pun sangat cuak dengan beberapa papers, cuak yang sampai mula mencongak2 markah yang mungkin mampu dicapai (takut sangat tak pass). Tekanan sangat membara, sebab semua orang pun dah mula rindu Malaysia, rindu family. Kalau gagal mana2 paper, maksudnya tak boleh grade dan tak boleh balik Malaysia lagi. Oh! Pastinya semua orang sangat takut.

salah satu hasil tinggalan final exam yang masih kekal hingga ke hari ini..hahaha
Selain takut, ramai juga yang rasa lega dan bebas sebab exam sudah berakhir. Masa inilah kawan2 perlu memainkan peranan, mengingatkan sahabat2 agar jangan tinggalkan ibadah2 yang selama ni dibuat sepanjang study leave. Teruskan bertawakkal dan berdoa. ALLAh suka pd hambaNya yang istiqamah, dan mengingatNya. Lakukan dengan sedikit tidak mengapa, yang penting berterusan. Ingatan untuk diriku jua yang tidak ke mana2 dan banyak termenung dan tidur di rumah =)

Result bakal keluar tak lama lagi. Maybe in 6-10 days from now. Apa yang bakal diperolah itu adalah ketentuan ALLAH. Sedang meyakinkan diri agar bersedia dengan apa jua kemungkinan. InsyaALLAH. Kenapa tajuk entry ni Lub Dub, sebab itu bunyi debaran jantungku yang nervous...hahaha