Friday 9 September 2011

Maghi blajar kecek klate ^_^

Assalamualaikum semua...

Hari ni, dengan penuh semangat kenegerian, rasa nk buat entry on Kelantan's Vocabulary..Hahaha..
Bukan apa, teringat kata2 member msa belajar kat IMU dulu, "bahasa kelantan ni susah nak faham.. Kalau kena kerja kat kelantan, memang tak nak la. Sebab nanti ada communication barrier".. Hahaha.. Tergelak jugakla dengar. Sampai macam tu sekali susahnya bahasa kelantan ni bagi orang negeri lain yek.

 Tapi memang betul pun. Kalau Orang kelantan jumpa "puok2" dia, memang tak peduli orang kiri kanan dah..Cakap bahasa "klate" sesama kami laaa.... Ngeee  =P

So, ni nak bagi beberapa contoh perkataan "kelate" yang agak common. Ada 2 peringkat, mudah&sederhana dan sukar. Siap bagi maksud BM standard lagi... Hehehe...



Peringkat mudah&sederhana

1) kecek = cakap
2) ungga = lari
3) tubik = keluar
4) mekong = baling
5) sero = rasa-rasa
6) cekak = larat
7) ambak = kejar
8) to' d'e = tak sempat
9) panah ceng = panas terik
10) tengoh male bole = tengah malam buta
11) jangok = melawa
12) glenya = gatal
13) pok pok = sek sek = puak puak
14) royak = bagitahu
15) wak lolok = tipu/ gurau
16) bedil = mercun
17) gomo = lawan
18 ) go ni = benda ini
19) gege = bising
20) nyakut = sedap (untuk makanan)


Peringkat sukar

1) supik rokrak = plastik
2) puw'ah tawah = kotor (cam budak2 makan coklat tuuu)
3) blengah tawah = melekit sebab bnda manis
4) to' meleng = jenis yang tak kisah, semua pun tak apa je
5) klewe = parang
6) rok = semak - samun
7) mate = lebih kurang
8) luga = perut cam masuk angin
9) gatih = kayuh
10) be' = azan
11) cerap = ingat/ jelas
12) abih r'eng =  all out (omputis lagi u)
13) rohok = ?? (unexplained)
14) terbolah = kelam kabut / cuai
15) duit samah = duit 50 sen
16) sengoti = sangat
17) ikut de' = semua pun boleh
18) nok etek = nak jugak
19) kemah keming = melekat kuat sangat / memang terbaik
20 ) sumbak = jalan jammed/ serabut/ orang yang tak berapa betul


Banyak lagi perkataan2 kelantan yang susah. Tapi cukup la setakat ni dulu. Kalau rasa susah sangat nak belajar dan nak sebut, kena suruh orang kelantan tolong sebut. Hahaha... Ni bahasa orang makan budu la niii... =P

Sunday 4 September 2011

Mr Johnny

Salam lebaran semua..


Hari ini 6 Syawal, rasanya masih belum terlambat untuk wish raya. Err...Saya, Nurul@ Nadia@ Kak cik@ Nad, ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua sahbat handai dan kenalan2 yg mengenali diri saya. Minta maaf pada semua sekiranya saya ada melakukan kesilapan atau menyakiti hati sesiapa sama ada secara sengaja atau pun tidak..


Entry kali ni mengenai Mr Johnny. Haa...Sapa Mr Johnny ni? Ni nama my CAT kat umah. Kami adik beradik suka kucing. Sejak dulu lagi, kat rumah mesti ada at least seekor kucing yang kami pelihara. Yang kelakarnya, walaupun kucing dah banyak silih berganti sama ada sebab mati atau hilang, setiap pengganti baru tu hanya akan dinamakan "Johnny" kalau jantan dan "Jenny" kalau betina..Adik kata, senang nak panggil.Hahahaha.. ^_^



And me, memang gila kucing gak. Tapi just boleh gosok2 and bagi makan je, tak boleh nak riba macam adik2 yang lain buat. Sebab I have very sensitive sinus. Try la riba kucing tu, tak sampai 10 minit, hidung mula rasa tersumbat macam bulu dia dah penuh masuk kat hidung. Hmmm... allrgic teruk juga kalau buat bodoh main lelama dengan kucing tu.


Hebat tuu...kucing berdiri..hahaha


Makan benda2 manis yang kucing patutnya tak makan. Ni dia makan kuih bahulu...Adik kata tak lama lagi kena kencing manis la ni..


Lawan tokey jugak, tidur atas katil aku ni haa...


Sekarang ni, sebab semua orang pun kerja dan pergi sekolah masa weekdays, tinggal la kat rumah dengan Johnny ni ha... Kesian gak kucing ni, selalu luka2 sebab gaduh dengan kucing liar. Almaklumlah, kucing yang dipelihara memang tak lasak. Orang kelantan kata "kucing jangok". Hehehe....

Friday 5 August 2011

lama menyepi

Masa berlalu dengan teramat la pantas..Sangat cepat. Tup tup..Now I m in Malaysia..
Terlalu lama x update. Sebab? Yeah klise punya jwpn, BUSY. Ntah busy apa pun x pasti. Padahal MASA ni, kalu manage properly (especially kurangkan tido) bnyak sangat msaa yang boleh digunakan dengan lebih optimum dan berfaedah. Tak gitu?

Anyway, roughly what happened for the past 2 months yg x update?
Still in UK
June : dapat results exam..Alhamdulillah semua pass..
          Bawa family jalan2
          UK Tour
July: Konvo

Malysia
July&Ogos:  Kat umah, urus borang2 permohonan SPA, JPA& KKM..

Apapun, selamat menyambut Ramadhan buat semua. Ambillah peluang di bulan yang penuh mulia ni untuk beribadah kpdNya kerana pahala yg dijanjikan adalah berlipat kali ganda. And semoga bila berlalunya Ramadhan ini, we will transform to be a better person.. =)
InsyaALLAH...........
           

Monday 13 June 2011

Hatiku tidak Keruan


Assalamualaikum sahabat2 semua..

Rasa sangat rindu untuk menaip di sini kembali. Dulu sangat suka mencoret di diari, tapi kini sangat jarang atau dengan kata lain malas untuk kembali mencatat pada setiap malam di halaman diari. Tapi apa pun, diari yang ada, masih tetap disimpan rapi. Banyak sangat luahan hati dan peristiwa yang sudah terpahat di situ, yang mungkin akal memori sendiri pun sudah lupa.

Alhamdulillah.. Allah telah mengurniakanku pelbagai rezeki yang tidak mungkin dapat ku hitung, tidak mungkin dapat dikira. Sesetengahnya mungkin tidak ramai yang dapat rasai, itulah nikmat ALLAh s.w.t, syukur pada Nya. Namun, nikmat ini juga sebenarnya adalah satu ujian andainya aku tidak bersyukur, nauzubillah.. Semoga aku sentiasa sedar dan rasa "cukup" dengan apa jua pemberiannya..

Setiap manusia tidak sempurna, ada masa pasang dan surutnya. Dan beberapa minggu ini, aku rasa sangat sedih, gembira, terharu, cemas dan tidak keruan. Pelbagai peristiwa terjadi, dan pelbagai benda baru aku alami. Ada juga beberapa  masalah yang sememangnya dari dulu aku hadapi, cuma tidak pernah untuk menyelesaikan. Mungkin salah diri sendiri, suka sangat lari dari masalah hingga membiarkan akhirnya semua masalah2 itu berkumpul dan menyesak jiwa.. then finally, mula banyak menghabiskan masa dengan tidur dan buat benda2 yang sekali lagi, cuba melupakan masalah. 

Lebih memburukkan keadaan, dalam situasi2 tertentu, aku kini tidak boleh berfikir secara rasional, tidak mampu mebuat keputusan dan tidak dapat mengenal pasti baik buruk sesuatu tindakan. Ini amat memeritkan dan mampu menyeksa jiwa dan perasaan. Aku tahu, ini semua ujian dari ALLAH, dan apa yang mampu aku lakukan hanyalah berdoa semoga Dia membimbingku dalam menyelesaikan persimpangan2 yang sulit ini.. 

Wednesday 1 June 2011

My sweeeeetheart o_O

err..buruk lak lukis..huhuhu





Assalamualaikum semua....... :-)

 Today I want to share about my sweet boyfriend. Hehe..Gatai naa.. Well, Kami dah kenal agak lama, almost 2 tahun kot. Agak lma la jugak kn.. During that time, his family was having wedding anniversary for his grandparents. And me? Yep, just coincidently berada kat umah auntie dia kat selayang.. Tapi saya dah lupa sebab apa berada kat sana. Then, time tu his auntie invited me to join the dinner and dia ckp yg semua org kna bwak hadiah untuk tukar2. So, i pon bli la something to give to him. Hadiah paling senang nk pilih. Hehe.. Before pergi diner tu, I layan la dia, teman dia main2. So dari prkenalan situ la, he can remember my name. Auntie dia kata he remember me even aftersaya dah balik rumah...wa terharuuuu...

Then, baru2 ni, he came to Glasgow with his parents. Datang jalan2 and visit auntie dia yang juga merupakan my housemate. Kami housemate sejak belajar di IMU lagi dan berkawan sekelas sejak INTEC lagi!! Hehe..more than 5 years la kot. Back to the story, so, mereka dan keluarga mereka pun stay la kat umah (hostel) kami ni. Selama...Err.. Tak ingat, 5 hari rasanya. So, dapatla spent masa hari2 dengan dia. Very cute and adorable. Kadang2 layan borak dengan mama dia =)
Seronok...Best layan tetamu dari jauh.. Hehe..


Yang sangat kelakarnya, dia suka layan saya ni. Haha..Ke terbalik? Saya suka layan dia main? Mana2 la ye. KAmi main bubble sama2 (sweet moment la katakan) Paling tak tahan, muka dia yang shy2 cat bila diusik oleh auntie and mak ayah dia. Hihihi..Macam couple la pulak kan..And adik dia pun sangatlah comelll...Both of them are very adorable. Geram..Rasa tak nak bagi balik Malaysia.
A few pictures of him... =)


auntie fareeza yg bagi this picture..hehe..adorable betul my boyfriend kan kan..

Gambar kat hostel kami..Auntie Nurul yang amik..OH noo!! He called me auntie??? =P




with his younger brother~




NNZ: So, really hope will meet you again Mr. Gorgeous. Hahaha... At KLIA maybe, atau pun kat umah your auntie Fareeza next time..Hehehe wink2 ;)

Monday 30 May 2011

The cravingness


Assalamualaikum...
Sejak datang ke bumi Glasgow, satu benda yang semua housematesku arif dan selalu gelakkanku, "nurul dan Chicken Cottage tak dapat dipisahkan". Bagi readers from Malaysia, nama Chicken Cottage mungkin asing bagi anda, sebab setahu saya branch Chicken Cottage ni memang tak ada di Malaysia. Dan mungkin hnya di bumi UK saja, atau mungkin hanya di Scotland ni saja. I'm also not sure, belum buat kajian lg (hihihi...). Apa pun, apa yg ingin saya ketengahkan di sini, I love its half grilled chicken sooooo much!! Almost every week I feel craving and sanggup berjalan meredah sejuk di luar semata2 untuk membeli half grilled chicken tu. Maybe inilah penangan dek kesedapan half grilled chicken yang telah saya rasa sjak awal mnjejakkan kaki di Glasgow ni.

gambar kedai Chicken cottage diambil last week sambil tunggu abg tu siapkan my order
Kadang2 ase kelakar juga, sebab beberapa pelayan kedai tu sampai dah ingat muka saya. hehe.. Tempatnya tak jauh sangat pun dari my hostel, dalam 10minit berjalan kaki. Harga pun berpatutan, untuk half grilled chicken tu, harganya tak sampai 3 pounds pun. Kira okayla, BESAR DAN SEDAP OK!

Sambil tersenyum saya berfikir,  alangkah indahnya andai kesungguhan sy menapak ke kedai CC tu sy boleh convert kepada kesungguhan dalam menuntut ilmu dan membaiki diri yang banyak lagi nak kena "repair" ni.. Amat kagum dengan kesungguhan brothers and sisters di UK ni dalam kesungguhan mereka mencari ilmu ALLAH. Kesungguhan yang saya maksudkan merangkumi kesediaan dan pengorbanan mereka mghadiri ceramah agama, usrah, daurah dan program2 kerohanian yang kerap kali diadakan bagi pelajar2 luar negara. Kesungguhan mereka untuk datang dr Ireland, Egypt dan pernah juga sisters dr sejauh Jepun  untuk mengutip ilmu dakwah dan usrah yang diadakan di sekitar UK, sambil melihat indahnya ciptaan ALLAH di setiap tempat mereka lawati sangat luar biasa. Sangat bersungguh2 umpama "craving" untuk mndapatkan ilmu!!


Wajib dijadikan panduan dalam hidup, tapi berapa ramai di kalangan kita, termasuk saya sndiri yg mgkin hanya kerap kali sekadar mmbaca dan memahami..

My conclusion is,  mungkin mereka sudah merasakan kemanisan sepanjang join all these programs and  akan mula merasakan satu kehilangan jika kehidupan harian mereka kosong,  lama tidak diisikan dengan peringatan dan dakwah Islamiah. Rohani juga perlu diisi dengan mknn dari langitkan (iaitu ayat2 ALLAH).. Subhanallah..Alangkah beruntung mereka yg telah dicampak kemanisan iman itu.. Alhamdulillah..

Two types of craving yang sgt berbeza, satu didorong oleh nafsu makan, juga menghasilkan drive untuk bergerak ke kedai dan membeli, dan lagi satu didorong hidayah ALLAH, dan keazaman untuk mencari bukti2 kekuasaan ALLAH. Apapun, craving, perasaan perlu, passionate dan kesungguhan ni sangat penting sebagai drive untuk membuat sesuatu, dan jika kesungguhan itu disalurkan di jalan yg baik, InsyaALLAH baik jugalah hasil yg diperoleh. Bukankah bekal akhirat itu kita perlu terus kumpul dengan bersungguh sungguh untuk menjamin rahmat ALLAH di akhirat nanti?


NNZ: Will miss chicken cottage bila dah balik Malaysia nanti. I m sure! Tapi perasaan membuak2 rindukan keluarga lebih kuat.
But, ada sesuatu di Malaysia (tiada kaitan dengan keluarga) yang kini membuatkan ku banyak termenung.

Saturday 28 May 2011

Lub Dub

Assalamualaikum semua...
Ni my first entry dalam dunia blog. Niat utk create blog ni dah lama sgt. Tapi di sebabkan kesuntukan waktu, final year yg sgt pack jadualnya dan dunia yg terasa amat mencemaskan, niat ni sering tertangguh. Cemas? Hurm.. Final year subjects mmg mncemaskan. Bagi yg dah hadapi, mesti tau camane rasanya.. Kerjanya menghafal dan menghafal. Tahu je faham tu lebih penting dari menghafal, tapi apa yg kami boleh buat utk mengingat segala nama ubat tu kalau bukan dengan cara menghafal kan.

 Anyway, sebenarnya dah 2 minggu tamat final year exam. Di Uni of Strathclyde ni, semakin hari semakin lengang je. Maybe home students and students lain semua dah mula pulang ke kg halaman masing2 dan tidak kurang juga ramai yg mengambil kesempatan untuk bercuti. Summer break macam ni, memang sangat2 ditunggu oleh semua, terutama local people, sebab time ni la mereka spend masa kat rumah dengan family dan melancong. Even my housemates pun, beberapa orang berganti keluar masuk rumah, sebab mereka juga mengambil kesempatan untuk bercuti ke negara2 Eropah lain macam Amsterdam, Paris, Brussels dan sebagainya, demi melihat keindahan ciptaan ALLAh, dan mengutip hikmah di setiap persinggahan, InsyaALLAH.

Berbalik kepada cerita final exam tadi.. Seperti biasa study leave yang sebulan tu, ramai yang tidak keluar rumah, masing2 struggle dengan study dan hafalan (I Guess).. Walau apa pun, kami di sini sangat bersyukur dan terharu kerana dikurniakan sahabat2 yang saling memberi sokongan antara satu sama lain, di samping kehadiran keluarga angkat yang tidak pernah putus memberi dorongan (paling best selalu dijamu dengan makanan enak). Selain itu, kami juga ada support yang sangat kuat dari akak usrah yang sgt sayangkan kami. After a month, pada tanggal 3 May, exam pun bermula. 5 papers akhirnya "selamat" dijawab pada tarikh 10 May. Yezza, 5 papers dalam masa 8 hari. Syukur sangat walaupun sedikit demam sebab stress, tapi badan takdelah lemah sangat dan ALLAH masih bagi kekuatan untukku terus berfikir dan menjawab.

Habis saja exam, macam2 respond semua orang. Masing2 rasa takut dan tidak yakin dengan apa yang dijawab. Dan aku, yes, aku pun sangat cuak dengan beberapa papers, cuak yang sampai mula mencongak2 markah yang mungkin mampu dicapai (takut sangat tak pass). Tekanan sangat membara, sebab semua orang pun dah mula rindu Malaysia, rindu family. Kalau gagal mana2 paper, maksudnya tak boleh grade dan tak boleh balik Malaysia lagi. Oh! Pastinya semua orang sangat takut.

salah satu hasil tinggalan final exam yang masih kekal hingga ke hari ini..hahaha
Selain takut, ramai juga yang rasa lega dan bebas sebab exam sudah berakhir. Masa inilah kawan2 perlu memainkan peranan, mengingatkan sahabat2 agar jangan tinggalkan ibadah2 yang selama ni dibuat sepanjang study leave. Teruskan bertawakkal dan berdoa. ALLAh suka pd hambaNya yang istiqamah, dan mengingatNya. Lakukan dengan sedikit tidak mengapa, yang penting berterusan. Ingatan untuk diriku jua yang tidak ke mana2 dan banyak termenung dan tidur di rumah =)

Result bakal keluar tak lama lagi. Maybe in 6-10 days from now. Apa yang bakal diperolah itu adalah ketentuan ALLAH. Sedang meyakinkan diri agar bersedia dengan apa jua kemungkinan. InsyaALLAH. Kenapa tajuk entry ni Lub Dub, sebab itu bunyi debaran jantungku yang nervous...hahaha