Saturday 28 May 2011

Lub Dub

Assalamualaikum semua...
Ni my first entry dalam dunia blog. Niat utk create blog ni dah lama sgt. Tapi di sebabkan kesuntukan waktu, final year yg sgt pack jadualnya dan dunia yg terasa amat mencemaskan, niat ni sering tertangguh. Cemas? Hurm.. Final year subjects mmg mncemaskan. Bagi yg dah hadapi, mesti tau camane rasanya.. Kerjanya menghafal dan menghafal. Tahu je faham tu lebih penting dari menghafal, tapi apa yg kami boleh buat utk mengingat segala nama ubat tu kalau bukan dengan cara menghafal kan.

 Anyway, sebenarnya dah 2 minggu tamat final year exam. Di Uni of Strathclyde ni, semakin hari semakin lengang je. Maybe home students and students lain semua dah mula pulang ke kg halaman masing2 dan tidak kurang juga ramai yg mengambil kesempatan untuk bercuti. Summer break macam ni, memang sangat2 ditunggu oleh semua, terutama local people, sebab time ni la mereka spend masa kat rumah dengan family dan melancong. Even my housemates pun, beberapa orang berganti keluar masuk rumah, sebab mereka juga mengambil kesempatan untuk bercuti ke negara2 Eropah lain macam Amsterdam, Paris, Brussels dan sebagainya, demi melihat keindahan ciptaan ALLAh, dan mengutip hikmah di setiap persinggahan, InsyaALLAH.

Berbalik kepada cerita final exam tadi.. Seperti biasa study leave yang sebulan tu, ramai yang tidak keluar rumah, masing2 struggle dengan study dan hafalan (I Guess).. Walau apa pun, kami di sini sangat bersyukur dan terharu kerana dikurniakan sahabat2 yang saling memberi sokongan antara satu sama lain, di samping kehadiran keluarga angkat yang tidak pernah putus memberi dorongan (paling best selalu dijamu dengan makanan enak). Selain itu, kami juga ada support yang sangat kuat dari akak usrah yang sgt sayangkan kami. After a month, pada tanggal 3 May, exam pun bermula. 5 papers akhirnya "selamat" dijawab pada tarikh 10 May. Yezza, 5 papers dalam masa 8 hari. Syukur sangat walaupun sedikit demam sebab stress, tapi badan takdelah lemah sangat dan ALLAH masih bagi kekuatan untukku terus berfikir dan menjawab.

Habis saja exam, macam2 respond semua orang. Masing2 rasa takut dan tidak yakin dengan apa yang dijawab. Dan aku, yes, aku pun sangat cuak dengan beberapa papers, cuak yang sampai mula mencongak2 markah yang mungkin mampu dicapai (takut sangat tak pass). Tekanan sangat membara, sebab semua orang pun dah mula rindu Malaysia, rindu family. Kalau gagal mana2 paper, maksudnya tak boleh grade dan tak boleh balik Malaysia lagi. Oh! Pastinya semua orang sangat takut.

salah satu hasil tinggalan final exam yang masih kekal hingga ke hari ini..hahaha
Selain takut, ramai juga yang rasa lega dan bebas sebab exam sudah berakhir. Masa inilah kawan2 perlu memainkan peranan, mengingatkan sahabat2 agar jangan tinggalkan ibadah2 yang selama ni dibuat sepanjang study leave. Teruskan bertawakkal dan berdoa. ALLAh suka pd hambaNya yang istiqamah, dan mengingatNya. Lakukan dengan sedikit tidak mengapa, yang penting berterusan. Ingatan untuk diriku jua yang tidak ke mana2 dan banyak termenung dan tidur di rumah =)

Result bakal keluar tak lama lagi. Maybe in 6-10 days from now. Apa yang bakal diperolah itu adalah ketentuan ALLAH. Sedang meyakinkan diri agar bersedia dengan apa jua kemungkinan. InsyaALLAH. Kenapa tajuk entry ni Lub Dub, sebab itu bunyi debaran jantungku yang nervous...hahaha

4 comments:

  1. tahniah nadia..dah jadi blogger skrg =]

    ReplyDelete
  2. oh..hahaha..hope berterusan..takut hangat2 tahi ayam jek.

    ReplyDelete
  3. semangat-semangat Dr...hihi...welcome to blogger life..hehe

    ReplyDelete